ANGKA korban akibat jangkitan COVID-19 terus meningkat.

Statistik Johns Hopkins University mendedahkan jumlah kematian global meningkat lebih 3,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini lebih 690,000 kes.


Statistik John Hopkins University
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 155,000 kematian.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 94,000 kematian.

Mexico dan United Kingdom masing-masing merekodkan 47,000 dan 46,000 kes korban.

Sementara India, Itali pula merekodkan 38,000 dan 35,000korban.

Negara terakhir merekodkan angka kematian melebihi 20,000 ialah Sepanyol dengan lebih 28,000 kes.

Manakala, lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 19,000 kes.