awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Situasi di Gaza makin meruncing, Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerakkan
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
Bangladesh panggil duta Myanmar susulan insiden tembahkan rentas sempadan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 70,000; kes baharu tertinggi lepasi angka 2,000

Bernama
Bernama
09/07/2020
14:45 MYT
Kes positif COVID-19 di Indonesia lepasi angka 70,000; kes baharu tertinggi lepasi angka 2,000
Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 70,736 kes, manakala kes kematian keseluruhan kini berjumlah 3,417 orang. - Foto REUTERS
Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 70,000 dengan penambahan 2,657 kes baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah penambahan tertinggi sejak kes pertama 2 Mac lepas.
Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 70,736 kes, manakala kes kematian keseluruhan kini berjumlah 3,417 orang.
"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 58 lagi kematian berlaku, manakala 13,732 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,125 kes, diikuti Jakarta (671 kes), Jawa Tengah (225), Kalimantan Selatan (209) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
Provinsi tertinggi kes positif keseluruhan adalah di Jawa Timur iaitu sebanyak 15,484 kes, diikuti Jakarta (13,488 kes) dan selebihnya di 32 lagi provinsi lain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#achmad yurianto
#COVID-19
#Indonesia
#Jawa Timur
#kematian
#positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan