awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 115,056, kematian 5,388

Bernama
Bernama
04/08/2020
10:41 MYT
Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 115,056, kematian 5,388
Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 23,412 kes, diikuti Jakarta (23,026) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain. - Gambar fail
Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 115,056 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,922 kes baharu dalam tempoh 24 jam.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 68,131 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 86 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,388 orang.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 23,412 kes, diikuti Jakarta (23,026) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.
Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,781 orang, diikuti Jakarta (874), Jawa Tengah (665), Sulawesi Selatan (328) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Jakarta
#Jawa Tengah
#kematian
#kes positif
#Provinsi Jawa Timur
#Sulawesi Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan