awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kes rasuah: Bekas menteri Vietnam dipenjara seumur hidup

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2019
21:45 MYT
Kes rasuah: Bekas menteri Vietnam dipenjara seumur hidup
Nguyen Bac Son ketika mendengar pertuduhan dibacakan semasa perbicaraan di Hanoi, 28 Dis, 2019. (Foto AP)
Mahkamah Vietnam pada Sabtu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang bekas menteri kerajaan atas dakwaan rasuah melibatkan jutaan dolar.
Nguyen Bac Son didakwa menerima rasuah berjumlah ASD3 juta bagi merancang pengambilalihan perkhidmatan televisyen digital pada 2016.
Langkah pengambilalihan itu dibuat bagi pihak syarikat milik kerajaan Mobifone ketika dia memegang jawatan Menteri Penerangan Dan Komunikasi Vietnam.
Terdahulu, Son yang juga bekas pegawai tentera mengarahkan urusniaga pemilikan saham berjumlah 95 peratus milik syarikat yang ketika itu memiliki hutang, Audio Visual Global (AVG).
Selain dikenakan hukuman penjara seumur hidup, Son turut berdepan hukuman tambahan penjara 16 tahun kerana melanggar peraturan pengurusan pelaburan awam.
Seorang lagi menteri dan beberapa orang pegawai eksekutif juga menerima hukuman penjara dalam tempoh yang panjang.
Nguyen Bac Son (kiri), Le Nam Tra (dua kanan) dan Truong Minh Tuan (kanan) ketika mendengar pertuduhan dibacakan pada perbicaraan kes di mahkamah di Hanoi, Vietnam, 28 Dis, 2019. (Foto AP)
Nguyen Bac Son (kiri), Le Nam Tra (dua kanan) dan Truong Minh Tuan (kanan) ketika mendengar pertuduhan dibacakan pada perbicaraan kes di mahkamah di Hanoi, Vietnam, 28 Dis, 2019. (Foto AP)
Truong Minh Tuan, bekas timbalan Son yang menggantikannya sebagai menteri ketika dia bersara, dihukum 14 tahun penjara atas tuduhan yang sama.
Tuan dituduh menerima rasuah ASD500,000 untuk menandatangani perjanjian pengambilalihan tersebut.
Le Nam Tra, bekas pengerusi Mobifone, dan Cao Duy Hai, bekas pengarah eksekutif syarikat itu, masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 23 tahun dan 14 tahun, atas tuduhan rasuah dan salahlaku pengurusan.
Tra dituduh menerima rasuah ASD2.5 juta manakala Hai ASD500,000
Ketua Pegawai Eksekutif AVG Pham Nhat Vu dihukum penjara tiga tahun atas tuduhan memberi rasuah.
Sembilan yang lain, termasuk pegawai dan eksekutif, menerima antara dua dan enam tahun penjara berhubung kes sama.
Topic Berkaitan
#bekas menteri
#kerajaan
#mahkamah
#menteri
#Mobifone
#pelaburan
#penjara
#penjara seumur hidup
#Rasuah
#televisyen digital
#tentera
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan