Kesan tapak kaki dinosaur yang berusia lebih 170 juta tahun ditemui oleh pasukan penyelidik daripada Universiti Edinburg di sebuah kepulauan di Scotland pada Selasa.

Ia merupakan penemuan pertama kesan peninggalan dinosaur di Scotland.

Bagaimanapun para penyelidik masih belum pasti jenis sebenar spesis dinosaur yang ditemui itu.

Namun mereka lebih cenderung untuk mengatakan bahawa ia mungkin dari spesis kalangan Tyrannosaurus Rex berdasarkan kesan tapak kaki tersebut.

Mengikut perkiraan penyelidik, spesis itu mungkin mempunyai ketinggian sehingga 15 meter dan beratnya boleh mencecah sehingga 10 tan.