awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketua Daish Abu Bakr al-Baghdadi terbunuh dalam operasi tentera AS

Agensi
Agensi
27/10/2019
13:33 MYT
Ketua Daish Abu Bakr al-Baghdadi terbunuh dalam operasi tentera AS
Baghdadi, 48 tahun dan berasal dari Iraq, telah membina gerakan ekstremis Daish yang ganas dan berpengaruh. - Gambar fail/REUTERS
KETUA kumpulan militan Daish, Abu Bakr al-Baghdadi disahkan terbunuh dalam operasi kenteraan di Syria yang diketuai Amerika Syarikat pada Ahad.
Perkara itu diumumkan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam satu sidang media khas di Washington D.C.
Operasi bagi menangkap dan membunuh al-Baghdadi dilancarkan di wilayah Idlib, Syria.
Menurut Trump, Baghdadi membunuh diri dengan meletupkan jaket pengeboman diri ketika serangan operasi khas tentera AS. Tiga anaknya turut terbunuh.
Baghdadi adalah sasaran operasi yang dirancang secara rahsia dan diluluskan oleh presiden Donald Trump.
Badan pemantau perang Syria, Syrian Observatory for Human Rights melaporkan, serangan yang melibatkan lapan helikopter dan sebuah pesawat perang mensasarkan kawasan Barisha di utara Idlib, di mana operasi daish dipercayai bersembunyi.
Katanya, serangan berlaku selama dua jam dan mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan kematian. Namun sama ada baghdadi antara yang maut, belum dapat disahkan.
Menurut laporan media, kajian biometrik sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti mereka yang terbunuh dalam serbuan itu.
Baghdadi, 48 tahun dan berasal dari Iraq, telah membina gerakan ekstremis Daish yang ganas dan berpengaruh.
Sekitar tahun 2014, dia didakwa mengisytiharkan sebuah wilayah 'khalifah' di seluruh wilayah Syria dan Iraq.
Ia dipersalahkan kerana mengakibatkan kematian ribuan orang awam, melaksanaan hukuman mati dan dituduh melakukan jenayah perang.
Topic Berkaitan
#Abu Bakr Al-Baghdadi
#Amerika Syarikat
#Idlib
#Ketua Daish
#militan Daish
#operasi khas tentera AS
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan