awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khabib tolak tawaran RM62.1 juta

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2018
01:45 MYT
Khabib tolak tawaran RM62.1 juta
Sebaliknya, Alex berkata Khabib lebih teruja untuk bertemu Tony Ferguson.
Juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov menolak tawaran AS$15 juta (kira-kira RM62.1 juta) untuk bertarung semula dengan Conor McGregor.
Perkara itu disampaikan bapa saudara Khabib, Alex Nurmagomedov dalam satu temubual dengan akhbar Rusia, baru-baru ini.
Sebaliknya, Alex berkata Khabib lebih teruja untuk bertemu Tony Ferguson.
"Dia mahu bertemu Tony sebelum bersara," kata Alex.
Untuk rekod, (sejak 2015) Khabib dan Ferguson telah empat kali dipertemukan namun pertarungan mereka dibatalkan pada saat akhir ekoran masalah kecederaan.
Selepas mengalahkan Anthony Pettis di UFC 229, Ferguson merasakan dirinya layak dipertemukan semula dengan Khabib.
Dalam perkembangan berkaitan, sahabat karib dan rakan regu Khabib di American Kickboxing Academy (AKA) Daniel Cormier berpendapat perlawanan tinju antara petarung Dagestan itu dan Floyd Mayweather sebagai tidak realistik.
"Tentu sukar. Saya bimbang Khabib ajak Mayweather bergusti, itu sudah tentu foul," katanya.
Sebelum ini, Khabib secara bergurau melontarkan cabaran kepada Mayweather untuk perlawanan tinju.
Susulan itu, bapa Khabib, Abdulmanap berkata jika pertarungan itu menjadi kenyataan beliau mahu Mike Tyson dan Anatoly Lomachenko berada dalam kem anaknya.
Topic Berkaitan
#juara lightweight UFC
#Khabib Nurmagomedov
#Rusia
#Tony Ferguson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan