awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kim Jong-un hidup, sihat, tidak jalani sebarang pembedahan, dakwa Pegawai Korea Selatan

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
04/05/2020
07:09 MYT
Kim Jong-un hidup, sihat, tidak jalani sebarang pembedahan, dakwa Pegawai Korea Selatan
Timbul pula dakwaan bahawa rakaman visual sewaktu Kim sedang melawat kilang baja tersebut dilihat agak janggal dan kaku. -Foto Twitter @jenniferatntd
SEORANG pegawai Korea Selatan menyatakan bahawa pemimpin Korea Utara Kim Jong-un tidak menjalani sebarang pembedahan sepanjang tempoh dia ‘menghilangkan diri’ dari khalayak umum.
Kenyataan itu dibuat selepas kedua-dua negara berbalas tembakan di Zon Bebas Tentera, iaitu sempadan yang memisahkan kedua-dua belah negara.
Jelas Pegawai Pemerintah yang enggan dinamakan itu, dakwaan mengenai Jong-un baharu sahaja selesai menjalani pembedahan adalah tidak benar dan ia boleh dilihat menerusi pergerakan kakinya.
“Berdasarkan pemerhatian kami, Jong-un tidak menjalani sebarang pembedahan,” kata pegawai itu.
Ketika wartawan bertanya mengenai pemimpin itu ada menjalani rawatan kesihatan lain, pegawai itu juga menyatakan bahawa Jong-un tidak menjalani apa-apa rawatan kesihatan.
Terdahulu, status kesihatan pemimpin Korea menjadi ‘buah mulut’ seluruh dunia dengan pelbagai dakwaan yang menyatakan pemimpin itu sedang sakit dan sedang menjalani pembedahan kardiovaskular setelah tidak memunculkan diri sejak April lalu.
Namun pada Sabtu lepas, media Korea Utara melaporkan bahawa Kim dilihat sihat dan sedang melawat serta merasmikan sebuah kilang baja di republik itu.
Bukan Jong-un tapi 'body double'
Biarpun begitu, timbul pula dakwaan bahawa rakaman visual sewaktu Jong-un sedang melawat kilang baja tersebut dilihat agak ‘janggal’ dan ‘kaku’.
Malah, ada yang menyatakan bahawa kesahihan visual dan gambar pemimpin itu diragui dan tidak boleh dipastikan.
Oleh itu, timbul pula dakwaan bahawa visual tersebut tidak memaparkan diri Jong-un yang sebenar dan mungkin ‘dilakonkan’ oleh pihak lain untuk membuktikan bahawa pemimpin itu sihat, dalam penampilan terbaharunya itu.
Timbul rasa curiga
Episod di kilang baja itu telah menimbulkan kecurigaan dalam kalangan netizen.
Ada antara pengguna Twitter yang mula meneliti dan membandingkan visual terbaharu itu dengan penampilan yang terdahulu.
Is the Kim Jong-un appearing on May 1 the real one? 4 things to watch: 1. Teeth 2. Ears 3. Hair 4. Sister 4. 1. 2 3 4 pic.twitter.com/ngKIyNtPpT
— Jennifer Zeng (@jenniferatntd) May 2, 2020
More of old and new photos "Kim Jong-un" to compare. pic.twitter.com/zvaMlUpTcP
— Jennifer Zeng (@jenniferatntd) May 2, 2020
Mereka mendakwa gerak tubuh Jong-un agak berbeza dan beberapa ciri tubuh pemimpin itu juga dilihat lain berbanding sebelum ini.
Perkara yang menjadi persoalan ialah raut wajah, ekspresi muka dan senyuman pemimpin tersebut.
Ia sekali gus menimbulkan semula dakwaan bahawa pemimpin itu sememangnya sedang sakit.
BACA: 'Saya gembira lihat dia kembali, sihat' - Trump teruja kemunculan semula Jong-un BACA: Korea Utara, Korea Selatan 'berbalas tembakan' di pos pengawal DMZ
Topic Berkaitan
#dakwaan
#Democratic People's Republic of Korea
#kesihatan
#Kim Jong Un
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Media
#rakaman
#spekulasi
#visual
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan