awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kim Jong Un masih hidup dan sihat' - Korea Selatan nafi laporan media AS

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2020
21:19 MYT
'Kim Jong Un masih hidup dan sihat' - Korea Selatan nafi laporan media AS
Kim Jong-un (gambar) dilapor berada dalam keadaan sihat oleh Korea Selatan. -Gambar fail
Korea Selatan menafikan dakwaan agensi berita Amerika Syarikat (AS) CNN bahawa Kim Jong-un berada dalam keadaan kritikal.
Menurut penasihat polisi asing presiden Korea Selatan, Moon Chung-in kerajaannya tegas dengan pendirian bahawa pemimpin Korea Utara itu sihat.
"Pendirian kami kekal. Kim Jong-un masih hidup dan sihat.
"Beliau berada di Wonsan sejak 13 April.
"Tiada pergerakan yang menimbulkan kesangsian dikesan setakat ini," kata Chung-in.
BACA: 'Laporan itu salah' - Trump nafi Jong-un kritikal
BACA: Trump doakan kesihatan Kim Jong-un
Terdahulu, CNN melaporkan Jong-un berada dalam keadaan kritikal susulan pembedahan.
BACA: Kim Jong Un dilapor 'dalam keadaan kritikal' susulan pembedahan
Portal berita CNN melaporkan perkara itu yang memetik sumber pegawai Amerika Syarikat (AS) yang dakwa mempunyai pengetahuan secara langsung.
Jong Un sebelum ini tidak hadir pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu yang menimbulkan spekulasi mengenai tahap kesihatannya.
Namun, beliau hadir pada mesyuarat empat hari sebelum itu.
Jong Un kali terakhir membuat penampilan di media rasmi Korea Utara pada 11 April.
Topic Berkaitan
#CNN
#Kim Jong Un
#Korea Selatan
#Moon Chung-in
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan