Berita  | Dunia

'Kita akan bina semula Notre Dame' - Macron umum kutipan dana

'Kita akan bina semula Notre Dame' - Macron umum kutipan dana
Difahamkan banyak lagi karya seni dan artifak tidak ternilai masih berada di dalam katedral bersejarah itu. -Foto Reuters
PARIS: Presiden Perancis Emmanuel Macron mengumumkan satu kutipan dana antarabangsa esok bagi membina semula Katedral Notre Dame yang terbakar awal pagi tadi.

"Insiden terburuk berjaya dielak.

"Kita akan bina semula Notre Dame," kata Macron.

Siasatan awal mendapati kebakaran tercetus secara tidak sengaja.

Sementara itu, rektor Notre-Dame, Patrick Jacquin, dilapor berkata relik Crown of Thorns dan Tunic of St Louis berjaya diselamatkan.

Namun, difahamkan banyak lagi karya seni dan artifak tidak ternilai masih berada di dalam katedral itu.