awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kita hanyut dibadai bencana di kala taksub dengan senjata pemusnah - Tun M

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
27/09/2019
21:30 MYT
Kita hanyut dibadai bencana di kala taksub dengan senjata pemusnah - Tun M
Dr Mahathir Mohamad berkata lebih banyak negara yang melakukan persiapan untuk peperangan tatkala bumi berdepan perubahan iklim yang amat ekstrem. -Foto Reuters
Pemimpin dunia digesa untuk tidak lagi menyalurkan wang untuk mewujudkan senjata pemusnah, sebaliknya kepada kajian kepada perubahan iklim dan bencana.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata lebih banyak negara yang melakukan persiapan untuk peperangan tatkala bumi berdepan perubahan iklim yang amat ekstrem.
“Saya fikir, daripada bersedia untuk berperang, lebih baik kita memberi tumpuan kepada perubahan iklim dan bencana alam. Kita patut bersedia untuk menangkis perubahan iklim, mengembalikan alam semula jadi yang telah kita lalui ribuan tahun dahulu.
“Kita patut bersedia mendepani bencana berskala besar seperti gempa bumi, ribut dan taufan, banjir dan tanah runtuh sebagainya.
“Kita patut mempelajari cara mengatasi bencana alam. Kita patut menyediakan tempat perlindungan, menghasilkan hujan dan menghasilkan makanan tanpa matahari, memindahkan penempatan di tepi laut dan sebagainya,” katanya pada debat umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Jumaat.
Ujarnya, taufan dan badai yang berlaku telah memusnahkan seluruh bandar, meragut ribuan nyawa, menyebabkan berlakunya malapetaka yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Malah, banjir daripada ribut serta musim kemarau dan kebakaran hutan turut berlaku.
Jelasnya, Malaysia juga tidak terlepas daripada menerima tempias daripada perubahan iklim seperti peningkatan suhu.
“Saya merasakan, bencana ini adalah sebahagian daripada kitaran perubahan yang planet ini telah berlaku selama berjuta-juta tahun. Bolehkah iklim sejuk yang kita nikmati telah berakhir pada kitarannya?
“Mungkinkah kitaran berubah, seperti apa yang berlaku berjuta-juta tahun dahulu? Adakah mungkin bahawa suhu akan meningkat ke tahap yang menyebabkan kehidupan ini tidak mampu lagi menanggungnya?” soal Dr Mahathir.
Justeru, beliau berpandangan, selain pengkaji, perlu diwujudkan juga pasukan pakar bencana yang lengkap perlu untuk dihantar ke lokasi yang berlakunya bencana.
“Kita membazirkan wang untuk perang, mencipta senjata pemusnah, tatkala kita mungkin hanyut dibadai bencana alam disebabkan planet ini melalui fasa kitarannya,” katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#bencana alam
#gempa bumi
#Mahathir Mohamad
#MahathirUNGA
#PBB
#Perdana Menteri
#perubahan iklim
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan