"Kita tidak boleh selamanya berada dalam situasi perintah berkurung. Kita mesti bergerak ke hadapan."

Itu jelas Setiausaha Luar Negeri United Kingdom, Dominic Raab pada Ahad yang menyokong usul kerajaan dalam melonggarkan sekatan perintah berkurung di England susulan pandemik COVID-19.

Katanya, memandangkan angka jangkitan semakin menurun di United Kingdom, rakyat perlu diberi kelonggaran untuk kembali hidup seakan normal, tetapi dengan mengambil langkah berjaga-jaga.

“Kita ada catat kemajuan. Ternyata, waktu amat sensitif ketika ini tetapi kita tidak boleh berada dalam perintah sekatan selama-lamanya.

“Kita perlu beralih. Jika kita melakukan peralihan sambil mengambil langkah berjaga-jaga, ia akan membina lagi keyakinan kita,” jelas Raab.

Sementara itu, Ketua Menteri Scotland, Nicola Sturgeon pula menjelaskan pihaknya bersetuju dengan para saintis yang memberi peringatan bahawa kelonggaran perintah sekatan boleh menyebabkan penularan COVID-19 sukar dikawal.

Bagaimanapun katanya, Scotland tetap membenarkan rakyatnya bergerak kini, namun dalam keadaan berhati-hati.