SEORANG lelaki yang berasal dari Amerika Syarikat telah berjaya mengumpul wang sebanyak USD400,00 (RM1.74 juta) dengan hanya mengitar semula surat khabar dan majalah lama.

Johnny Jennings, 86, mula mengumpul barangan terpakai itu sejak 32 tahun lalu.

Amalan kitar semula itu dilakukan dengan tujuan untuk mendidik anaknya agar sentiasa menabung dan mengurus kewangan dengan baik.

Semenjak itu, dia dan anaknya mula bekerjasama mengumpul barangan terpakai yang boleh dikitar semula dan seterusnya dijual. Hasil jualan tersebut pula akan disimpan ke dalam bank.

Menurut anaknya, Brent Jennings, mereka talah mengamalkan aktiviti kitar semula itu sehingga dia berusia 17 tahun.

Beberapa tahun kemudian, hasil wang simpanan mereka telah cukup untuk membayar bayaran muka rumah pertama Brent.

Walaupun kini Brent telah dewasa dan berkeluarga, ayahnya tetap dengan amalan kitar semula tersebut selain jiran mereka turut memberi sokongan dengan menghantar surat khabar lama di rumah Johnny.

Pada tahun 2016, wang yang dikumpul oleh Johnny hasil daripada jualan barangan terpakai adalah berjumlah USD 32,040 (RM139,325). Dia kemudian memilih untuk menderma wangnya kepada badan kebajikan iaitu Rumah Kanak-kanak dan Keluarga Georgia.

Sumber : Edition.cnn.com
Olahan : Izzat Ridzwan