Kofi Annan, bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), meninggal dunia pada Sabtu. Beliau berusia 80 tahun.

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Twitter rasminya sebentar tadi, ia menyatakan Annan meninggal dunia di samping isterinya Nane, dan anak-anak mereka Ama, Kojo dan Nina.

Menurut laporan media antarabangsa, Annan menghembus nafas terakhirnya di Geneva, Switzerland.


Annan, seorang anak kelahiran Ghana, berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB yang ketujuh dari tahun Januari 1997 hingga Disember 2006.

Pada tahun 2001, beliau dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel bagi usahanya dalam memperjuangkan hak asasi manusia.

Jawatankuasa Nobel juga mengakui komitmennya dalam membanteras penyebaran virus HIV di Afrika.

Antara lain, Annan merupakan pengasas dan pengerusi Kofi Annan Foundation.