PENTADBIRAN Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan perintah sekatan penerbangan terhadap pesawat bukan ketenteraan Amerika Syarikat daripada beroperasi di ruang udara Iraq, Iran, dan perairan Teluk Parsi dan Teluk Oman.

Dalam perkembangan sama, Singapore Airlines (SIA) mengarahkan semua penerbangannya untuk mengelak ruang udara Iran.








"Semua laluan penerbangan SIA diubah daripada melalui ruang udara Iran," kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan emel, tanpa memberi alasan tindakan itu.

Menurut penganalisis penerbangan Alex Macheras, penerbangan British Airways dari Mumbai ke London turut mengubah laluan penerbangan ke ruang udara Arab Saudi.