awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Syria: 6 perkara untuk difahami

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
17/12/2016
05:31 MYT
Konflik Syria: 6 perkara untuk difahami
Lebih 450,000 terkorban setakat ini dalam konflik yang sudah berlarutan lebih 5 tahun.
SYRIA kini semakin menjadi perhatian dunia. Pertumpahan darah berlaku setiap hari, nyawa mereka yang tidak berdosa menjadi taruhan.
Dalam pada kita cuba mencari jalan penyelesaian kepada konflik ini, ada baiknya juga untuk kita memahami sedikit sebanyak apa sebenarnya yang terjadi di negara yang dahulunya menjadi antara tumpuan pelancong itu.
MENGENALI SYRIA
Damascus, sebelum ini terkenal dengan kemajuan dan kemodenan.
Damascus sebelum ini terkenal dengan kemajuan dan kemodenan.
Sebuah negara Asia Barat dengan populasi penduduk kira-kira 22 juta. Ia bersempadan dengan Turki, Iraq, Jordan dan Lubnan. Sebelum konflik tercetus, ia sering menjadi pilihan pelancong memandangkan di sinilah pusat peradaban zaman Neolitik, selain kaya dengan budaya tradisi yang tersendiri.
Ibu kotanya, Damsyik, terkenal dengan kemajuan dan kemodenan, manakala bandar Aleppo dan Palmyra menjadi kegemaran pencinta seni dan sejarah.
BAGAIMANA KONFLIK BERMULA?
1. Pada tahun 2011, satu siri protes anti kerajaan dinamakan Arab Spring tercetus di Asia Barat, bermula di Tunisia. Ia kemudiannya merebak ke banyak negara, antaranya Mesir, Libya dan Syria.
2. Di Syria, protes bermula pada Mac 2011, dan ia dimulakan sekumpulan 15 remaja lelaki yang kemudiannya ditahan dan diseksa selepas melukis grafiti yang melambangkan sokongan terhadap Arab Spring. Salah seorang remaja itu maut selepas diseksa dengan kejam.
3. Kerajaan Syria pimpinan Presiden Bashar al-Assad kemudiannya bertindak membunuh ratusan penunjuk perasaan dan memenjarakan ribuan yang lain.
4. Kumpulan Free Syrian Army (FSA), yang terdiri daripada anggota keselamatan (askar dan polis) yang membelot, ditubuhkan dengan tujuan menjatuhkan kerajaan pimpinan Bashar, sekali gus memulakan perang saudara di Syria.
5. FSA kemudiannya disertai anggota kumpulan jihad, bukan sahaja dari Syria, malah dari luar juga.
Rakyat Syria tidak gembira dengan masalah ekonomi dan tekanan politik, di mana rakyat tidak bebas bersuara.
Rakyat Syria tidak gembira dengan masalah ekonomi dan tekanan politik, di mana rakyat tidak bebas bersuara.
APA PUNCANYA?
1. Rakyat Syria tidak gembira dengan masalah ekonomi dan tekanan politik, di mana rakyat tidak bebas bersuara.
2. Pro demokrasi Syria melihat adanya harapan selepas kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir berjaya.
CAMPUR TANGAN ANTARABANGSA
1. Amerika Syarikat (AS) mengetuai serangan ke atas Syria bermula tahun 2014, yang mensasarkan kumpulan Daish.
2. Rusia melancarkan serangan bom, dengan menyasarkan kumpulan pengganas, termasuk Daish, pada September 2015.
3. Russia juga menghantar penasihat ketenteraan untuk membantu mempertahankan kerajaan pimpinan Bashar.
4. Pejuang Hezbollah dari Lubnan, serta pejuang dari Iran dan Afghanistan, berjuang di pihak Bashar.
SITUASI TERKINI
- Lebih 450,000 terkorban setakat ini.
- Pada 13 Disember, tentera Syria mendakwa 98 peratus bahagian timur bandar Aleppo telah berjaya ditawan. Turut berjaya dikuasai adalah Damsyik, sebahagian dari selatan Syria dan Deir Az Zor, kawasan berhampiran sempadan Syria-Lubnan dan kawasan barat laut pantai negara itu.
- Kawasan lain masih dikuasai kumpulan pemberontak, Daish dan pejuang Kurdish.
- Setakat ini, dianggarkan lebih 6,000 penduduk Aleppo sudah keluar dari bandar itu.
- Khamis lalu, wakil PBB di Syria menganggarkan keseluruhan jumlah penduduk di Aleppo adalah 50,000
APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN
Terdapat beberapa saluran untuk anda menyalurkan sumbangan kepada rakyat Syria, antaranya melalui badan-badan NGO.
Antaranya Syria Care yang melancarkan kempen #food4syria dan Winter Aid Campaign.
Turut tidak ketinggalan Muslim Care Malaysia Society yang baru-baru ini tersenarai di kedudukan ketiga dalam senarai 19 NGO yang terlibat memberi bantuan kepada pelarian Halab.
Topic Berkaitan
#konflik
#pelarian
#peperangan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan