Berita  | Dunia

Kopi RM313 secawan

Kopi RM313 secawan
Klatch Coffee menyajikan minuman eksklusif, Elida Natural Geisha 803 tersebut di cawangan mereka di California Selatan dan San Francisco. -Foto Sinar Harian
SAN FRANCISCO: Demi keenakan secawan kopi, peminat minuman itu tidak lokek untuk berbelanja besar.

Hakikatnya, fenomena kopi mahal bukanlah sesuatu yang baru masa kini susulan trend semasa yang menyaksikan

Tetapi sanggupkah anda membayar lebih RM300 untuk secawan kopi?
Sebuah kafe di California menyediakan kopi dengan harga AS$75 (RM313) secawan.

Klatch Coffee menyajikan minuman eksklusif, Elida Natural Geisha 803 tersebut di cawangan mereka di California Selatan dan San Francisco.

Nombor 803 itu merujuk kepada harga kopi tersebut AS$803 (RM3,357) per paun yang dijual ketika sesi lelongan baru-baru ini selepas ia memenangi pertandingan Best of Panama Coffee yang didakwa setaraf anugerah berprestij Oscars.

Difahamkan, hanya 45 kilogram biji kopi boleh dibeli dan kebanyakannya boleh didapati di Jepun, China dan Taiwan.

Menurut pemilik bersama kafe itu, Bo Thiara, Klatch dapat membeli 4.5 kilogram dan menjadi cawangan tunggal di Amerika Utara yang memiliki kopi termahal tersebut.

Kopi jenis Arabica dari Panama itu mempunyai rasa teh campuran jasmin dan beri.