Seramai 34 penduduk Palestin menjadi korban Zionis sejak Selasa lepas iaitu detik mula tentera Israel membunuh komander lapangan Jihad Islam dalam serangan udara.
Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Relief Malaysia, Zairulshahfuddin Zainal Abidin berkata, walaupun ia bukan perkara baharu, jumlah kerugian akibat kerosakan oleh Kementerian Kerja Raya di Gaza kini mencecah sekitar AS$3 juta.
"Setakat 14 November, 34 kematian, sekarang tidak pasti, sementara 109 kecederaan dicatat dengan 47 lelaki, 51 kanak-kanak dan 11 wanita.
"Kita dapati terdapat juga sasaran keluarga yang terbunuh, tetapi paling ramai keluarga al Sawarka iaitu lapan orang sekali yang terbunuh. Kemudian dari jenis kecederaan, 30 peratus kecederaan, atau satu dari tiga kecederaan adalah parah.
"Lebih menyayat hati, 15 sekolah rosak dan dari itu lima pelajar terbunuh, ia bukan setakat statistik lima terbunuh, kesan psikologi kepada kawan-kawan lain juga sangat besar dan berat," katanya semasa dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: Suhakam kutuk serangan pejabat ICHR di Gaza
BACA: Lancar usaha singkir Israel dari PBB
Sebelum ini, Israel dilaporkan melancarkan serangan baharu di Gaza selepas roket dibedil ke arah wilayah Yahudi itu walaupun gencatan senjata sudah bermula.
Tidak seperti serangan sebelumnya awal minggu ini, tentera berkata, serangan tidak mensasarkan pergerakan pejuang Palestin, Jihad Islam, sebaliknya ditujukan kepada Hamas, yang mentadbir Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, Ketua Media Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Dr. Sayed Mohammad berkata, masyarakat dunia digesa supaya terus memberikan sokongan terhadap rakyat Palestin susulan serangan terbaharu yang dilakukan rejim Israel sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 32 penduduk Palestin dalam tempoh 48 jam.
Tegasnya, kekejaman yang menimpa rakyat Palestin bukan isu baharu, malah ia sudah berlarutan lebih sedekad.
Wan Syamsul Amly
Sat Nov 16 2019
"Setakat 14 November, 34 kematian, sekarang tidak pasti, sementara 109 kecederaan dicatat dengan 47 lelaki, 51 kanak-kanak dan 11 wanita," kata Zairulshahfuddin Zainal Abidin - Gambar BERNAMA
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
OIC kutuk pembunuhan beramai-ramai berterusan Israel di Gaza
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang tragis dan berterusan oleh Israel di Gaza.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah, gesa masyarakat antarabangsa kecam pencerobohan Zionis
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Israel serang tempat perlindungan terakhir penduduk Gaza
Serangan udara di Rafah menyebabkan kerosakan pada khemah, namun jumlah kemalangan nyawa masih belum dapat disahkan.
283 mayat ditemui di kubur Hospital Nasser
Pekerja kesihatan menemukan sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
AS siasat pencabulan hak asasi manusia oleh Israel
Antony Blinken mengesahkan AS sedang dakwaan pencabulan hak asasi manusia oleh tentera Israel di Gaza.