Jumlah individu dijangkiti novel koronavirus (2019-nCoV) di Korea Selatan terus meningkat kepada 19 orang pada Rabu.

Kes terbaharu melibatkan seorang lelaki berusia 36 tahun yang mempunyai kontak dengan pesakit kes ke-18.

Memetik laporan Korea Herald, kedua-dua mereka menghadiri persidangan di Singapura pada bulan lalu.

Mereka berdua difahamkan makan bersama lelaki warganegara Malaysia yang sah dijangkiti koronavirus.

BACA: Dua kes baharu koronavirus di Korea Selatan

Terdahulu, Korea Selatan mengesahkan dua kes baharu novel koronavirus, melibatkan seorang lelaki yang berusia 38 tahun dan seorang wanita 21 tahun, pada Rabu.

Memetik laporan Channel News Asia, lelaki berkenaan dijangkiti koronavirus selepas melawat Singapura, bulan lalu kerana menghadiri persidangan kerja dari 18 hingga 24 Januari lalu.

Menurut agensi berita Korea Selatan, Yonhap, difahamkan lelaki itu makan bersama dengan seorang rakyat Malaysia yang disahkan positif koronavirus.