Kementerian Perpaduan Korea Selatan pada Selasa menolak dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia menjalin pakatan sulit dengan Seoul dalam siasatan terhadap kematian abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.
Menurut agensi berita itu, Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol menolak hasil siasatan Malaysia yang menunjukkan sekurang-kurangnya lima rakyat Korea Utara disyaki terlibat dengan kematian Jong-nam minggu lepas.
Beliau menuduh Malaysia "bersekongkol dan mengikut selera kuasa luar" dalam siasatannya, yang dipercayai merujuk kepada Korea Selatan, kata Yonhap.
Agensi berita itu melaporkan Kementerian Perpaduan menolak sekeras-kerasnya dakwaan Kang itu dan menyifatkannya sebagai "tidak munasabah dan bersifat sofistik."
"Komen duta itu mengenai Korea Selatan merupakan suatu dakwaan, yang bukan sahaja tidak masuk akal, malah tidak wajar dibalas," kata seorang pegawai kementerian itu.
BACA: Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan - Anifah
BACA: Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8 pagi 13 Feb untuk menunggu penerbangan ke Macau, yang dijadualkan sejam kemudian apabila seorang wanita secara tiba-tiba menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi racun.
Lelaki itu kemudian meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2 dan dia dihantar ke Hospital Putrajaya, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Jong-nam tiba di Malaysia pada 6 Feb dengan pasport menggunakan nama Kim Chol.
Setakat ini, polis Malaysia menangkap dua wanita - seorang daripada mereka menggunakan pasport Indonesia dengan nama Siti Aishah dan seorang lagi menggunakan pasport Vietnam dengan nama Doan Thi Huong - serta seorang lelaki Malaysia dan seorang lelaki Korea Utara.
Polis berkata mereka sedang berusaha mengesan empat lagi rakyat Korea Utara yang meninggalkan Malaysia pada hari kematian Jong-nam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017
Kementerian Perpaduan Korea Selatan menolak dakwaan Korea Utara bahawa Malaysia menjalin pakatan sulit dengan Seoul. - Gambar REUTERS/Yuriko Nakao
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Wanita Vietnam dikaitkan pembunuhan Kim Jong-nam tulis pesanan peribadi
Pesanan Doan Thi Huong yang ditulis atas sehelai kertas berukuran A4 dibacakan kepada media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Doan datang ke Malaysia sebulan sebelum Jong-nam dibunuh - Peguam
Wanita Vietnam Doan Thi Huong difahamkan datang ke Malaysia dari Vietnam bersama dua suspek lelaki sebulan sebelum Kim Jong-nam dibunuh.