DUNIA
Korea Utara tuduh Amerika Syarikat lancar provokasi

Pada Isnin, dua pesawat pengebom Amerika terbang di ruang udara Semenanjung Korea, sebahagian daripada latihan ketenteraan Korea Selatan, Jepun dan Amerika. - Foto REUTERS
Korea Utara mengecam Amerika Syarikat selepas negara itu melancarkan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan.
Tegas Pyongyang, tindakan itu merupakan satu bentuk provokasi yang jelas.
Pyongyang menyifatkan latihan itu yang melibatkan aset pesawat pengebom B-1B, sebagai latihan melancarkan bom nuklear.
Kenyataan tegang ini dikeluarkan ketika dakwaan sistem peluru berpandu milik Amerika kini dalam proses sedia untuk digunakan di Seoul.
Pada Isnin, dua pesawat pengebom Amerika terbang di ruang udara Semenanjung Korea, sebahagian daripada latihan ketenteraan Korea Selatan, Jepun dan Amerika.
Menteri Pertahanan Korea Selatan mempertahankan latihan itu sebagai persediaan terhadap ancaman dan provokasi Pyongyang sejak kebelakangan ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami