awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Angka kematian terkini mencecah 720 di seluruh dunia

Astro Awani
Astro Awani
08/02/2020
00:00 MYT
Koronavirus: Angka kematian terkini mencecah 720 di seluruh dunia
Seorang pekerja perubatan menggunakan termometer untuk memeriksa suhu badan penumpang di salah satu pintu masuk negara China, di daerah Susong, wilayah Anhui, China, 6 Feb, 2020. REUTERS
JUMLAH kematian daripada wabak koronavirus baru 2019 (2019-nCoV) China melonjak kepada 718 pada Sabtu, melebihi angka korban akibat wabak SARS di tanah besar China dan Hong Kong hampir dua dekad yang lalu.
Pada Jumaat, seramai 81 orang lagi meninggal dunia akibat virus tersebut di Hubei, wilayah di mana penyakit itu muncul pada Disember, menurut suruhanjaya kesihatan serantau.
Angka itu kini lebih tinggi daripada virus Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) di tanah besar China dan Hong Kong, di mana hampir 650 orang meninggal dunia antara tahun 2002 dan 2003.
Bagaimanapun, angka kematian di seluruh dunia bagi SARS, penyakit dalam keluarga yang sama dengan 2019-nCoV, kekal lebih tinggi pada lebih 770 kematian.
Dalam kemaskini hariannya, suruhanjaya kesihatan Hubei juga mengesahkan terdapat 2,841 kes baru di wilayah itu pada Jumaat.
Jumlah jangkitan di seluruh negara itu setakat ini ialah 34,002.
Dengan angka itu, jumlah kematian akibat koronavirus baru itu setakat ini ialah 720, mengambil kira kes di Hong Kong dan Filipina.
Sementara jumlah kes positif 2019-nCoV di seluruh dunia ialah 31,593.
Turut direkodkan, seramai 1,782 pesakit telah berjaya pulih sepenuhnya setakat ini.
Topic Berkaitan
#China
#coronavirus
#Hong Kong
#Hubei
#koronavirus
#meninggal dunia
#suruhanjaya kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan