Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan empat kes baharu novel koronavirus (2019-nCoV) pada Rabu.
Menurut Kementerian Kesihatan republik berkenaan, tiga daripada empat kes tersebut merupakan kluster jangkitan tempatan.
Ia melibatkan pesakit termuda iaitu seorang bayi lelaki berusia enam bulan yang merupakan anak kepada pasangan yang dijangkiti virus tersebut.
Bayi tersebut dikesan positif koronavirus pada pukul 2 petang pada Rabu dan dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak dan Wanita KK.
Dia ditempatkan di bilik pengasingan di hospital tersebut.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Angka korban hampiri 500 di seluruh dunia
BACA: Koronavirus: Enam kes baharu disahkan di Singapura, empat jangkitan tempatan
Ibu bayi tersebut yang berusia 28 tahun, merupakan pekerja di kedai Yong Thai Hang, yang dilawati sekumpulan pelancong dari China.
Wanita tersebut merupakan penduduk tetap Singapura yang tidak berkunjung ke China baru-baru ini.
Pada Selasa, Kementerian Kesihatan nagara itu mengesahkan bahawa dia dijangkiti virus tersebut.
Suaminya yang merupakan warganegara Singapura, 45 tahun, juga antara kes terbaharu yang diumumkan pada Rabu.
Lelaki itu juga tidak bekunjung ke China baru-baru ini.
Dia kini di masukkan ke bilik pengasingan di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID) Singapura.
Sementara itu, kes lain melibatkan pelancong China dari Wuhan, 42 tahun, yang tiba di Singapura pada 21 Januari.
Manakala kes keempat pula ialah seorang lelaki warganehara Singapura, 40 tahun, yang merupakan suami kepada pemandu pelancong yang disahkan positif pada Selasa.
Ia menjadikan keseluruhan kes positif koronavirus di Singapura kepada 28 kes.
Setakat ini, Singapura mencatatkan kes kedua tertinggi novel koronavirus di luar negara China, manakala Jepun mempunyai kes terbanyak iaitu 33 kes.
Langkah-langkah untuk memerangi wabak ini di Singapura termasuk pengedaran topeng muka di pusat komuniti penduduk di seluruh republik yang bermula sejak Sabtu.
Pada 30 Januari, kerajaan juga mengumumkan bahawa kesemua 1.3 juta isi rumah di Singapura diberikan empat topeng muka keana terdapat laporan kehabisan stok di kedai.
Pada Selasa, kerajaan negara jiran tersebut juga menggantung sebarang perhimpunan besar dan serta lawatan di pra-sekolah, sekolah dan pusat penjagaan warga emas bermula Rabu.
Ia susulan kes jangkitan tempatan pertama yang dilaporkan pada Selasa.
Isabelle Leong
Wed Feb 05 2020
Bayi lelaki tersebut dikesan positif koronavirus pada pukul 2 petang pada Rabu dan dimasukkan ke Hospital Kanak-kanak dan Wanita KK. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.