Seorang doktor meninggal dunia selepas terkena serangan jantung dipercayai akibat tidak cukup rehat kerana bertugas selama 10 hari berturut-turut tanpa henti bagi mengatasi penularan koronavirus.

Menurut pihak berkuasa tempatan Hunan, Dr Song Yingjie, 27 adalah ketua paramedik di sebuah klinik di wilayah Hunan yang terletak di sempadan selatan Hubei iaitu tempat penularan wabak bahaya itu.

"Dia ditugaskan memeriksa suhu pemandu dan penumpang setiap kenderaan yang melalui lebuh raya sempadan itu dan difahamkan bekerja tanpa henti sejak 25 Januari lalu.

"Dr Yingjie tiba-tiba rebah selepas balik ke asrama pada awal pagi Isnin lalu,"lapor Mail Online dengan memetik sumber.

Dalam pada itu, ayah kepada Dr Yingjie sangat sedih dengan berita kematian anaknya itu yang meninggal dunia disebabkan tidak cukup rehat apatah lagi seorang anak perempuannya terkandas di Wuhan akibat penularan wabak tersebut.

"Anak perempuan saya berada di Wuhan dan tidak dapat kembali. Dia terkandas di situ. Anda bertanya kepada saya jika saya bimbang, sudah tentu saya bimbang.

'Kemudian anak saya bertugas di jalan raya. Anda bertanya kepada saya jika saya takut... Sekarang dia dah mati, saya patah hati, ' kata lelaki itu yang sangat sedih.

BACA: Dr Li Wenliang, doktor yang beri amaran tentang koronavirus meninggal dunia

BACA: Beri amaran koronavirus, doktor ini dipanggil polis, kini dia terlantar sakit

Sementara itu, pegawai kerajaan berkata, pihaknya membantu keluarga Song untuk pengurusan pengebumian Dr Yingjie.