awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Indonesia evakuasi warganya dari China, dikuarantin di Pulau Natuna

Bernama
Bernama
02/02/2020
05:47 MYT
Koronavirus: Indonesia evakuasi warganya dari China, dikuarantin di Pulau Natuna
Warga Indonesia dari Wuhan, China, tiba di Lapangan Terbang Hang Nadim di Batam, Indonesia, 2 Feb, 2020. (Foto AP)
Indonesia hari ini mengevakuasi 238 warganya dari wilayah Hubei, China, dan menempatkan mereka di Pulau Natuna bagi menjalani proses kuarantin selama 14 hari.
Pesawat komersial penerbangan Batik Air yang membawa warga Indonesia dari Wuhan itu mendarat di Lapangan Terbang Hang Nadim, Pulau Batam, kira-kira pukul 8.45 pagi waktu Indonesia Barat.
Beberapa media tempatan melaporkan kesemua mereka kemudiannya diterbangkan dengan menggunakan tiga pesawat tentera ke Pulau Natuna, Provinsi Kepulauan Riau yang terletak di Laut China Selatan.
Mereka ditempatkan di pangkalan udara tentera Indonesia di Pulau Natuna, yang dilaporkan lengkap dengan pelbagai kemudahan, serta akan menjalani pemeriksaan dan pemantauan kesihatan selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang bertemu keluarga mereka.
Untuk rekod, setakat ini belum terdapat kes jangkitan 2019 novel koronavirus di Indonesia.
"Semua mereka dilaporkan sihat, bebas dari jangkitan. Kerajaan China juga menetapkan hanya mereka yang sihat sahaja dibenarkan keluar dari wilayah yang terkena wabak itu," kata Menteri Kesihatan Indonesia, Terawan Agus Putranto yang dipetik beberapa media tempatan hari ini.
Khamis lepas, Presiden Indonesia Joko Widodo dilaporkan mengarahkan rakyatnya di Wuhan dan Wilayah Hubei, dibawa pulang ke Indonesia, susulan jangkitan koronavirus, yang semakin membimbangkan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batik Air
#China
#Indonesia
#Joko Widodo
#koronavirus
#kuarantin
#Lapangan Terbang Hang Nadim
#pemeriksaan kesihatan
#penerbangan
#pesawat
#Pulau Natuna
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan