Pihak berkuasa Indonesia kini menempatkan petugas-petugas kesihatan di lapangan terbang antarabangsanya, bagi melakukan pemeriksaan kesihatan penumpang, dalam langkah berjaga-jaga susulan berlakunya wabak coronavirus di Wuhan, China.

Menurut kenyataan PT Angkasa Pura II (agensi yang mengendalikan lapangan terbang di Indonesia), penumpang yang tiba di lapangan terbang di Indonesia, akan menjalani imbasan haba, selain pengawasan dan pemeriksaan lanjut terhadap penumpang yang mengalami sindrom tertentu.

BACA: Singapura sahkan kes pertama virus Wuhan

BACA: Empat kes disyaki koronavirus di Malaysia dikesan

BACA: Koronavirus: Selepas Wuhan, bandar Huanggang dalam keadaan berjaga-jaga

"Peningkatan pengawasan itu dilakukan di bandara-bandara (lapangan terbang) PT Angkasa Pura II termasuk Bandara Internasional Soekarno-Hatta yang merupakan bandara terbesar dan tersibuk di Indonesia," kata kenyataan itu.

Wabak coronavirus dikesan Disember 2019 di Wuhan dan dilaporkan telah menyebabkan kes kematian.


-- BERNAMA