INTERNATIONAL
Koronavirus: Jepun catat kes pertama dari mangsa tidak pernah ke Wuhan

Media antarabangsa melaporkan mengenai dua kes baharu koronavirus di Jepun, hari ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Kerajaan Jepun hari ini mengesahkan dua kes baharu melibatkan jangkitan novel koronavirus (2019-nCoV), menjadikan jumlah keseluruhan kes virus di negara matahari terbit itu sebanyak enam orang.
Menurut Menteri Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato, dua kes baharu itu melibatkan pemandu bas pelancong yang berusia 60-an dan seorang lelaki berusia 40-an.
"Pemandu bas pelancong itu bagaimanapun tidak pernah ke bandar Wuhan, China iaitu lokasi bermulanya virus koronavirus.
"Dia telah disahkan menghidap radang paru-paru pada Sabtu lalu dan telah ditahan di hospital wilayah Nara," katanya.
"Lelaki berkenaan juga didapati menghidap radang paru-paru," kata Katsunobu lagi.
Jelas Kementerian Kesihatan Jepun, pihaknya sedang memeriksa keadaan kesihatan individu yang mempunyai kontak dengan dua pesakit tersebut.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami