awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Pesakit pertama jangkitan manusia-ke-manusia Thailand sudah sembuh

Bernama
Bernama
05/02/2020
16:41 MYT
Koronavirus: Pesakit pertama jangkitan manusia-ke-manusia Thailand sudah sembuh
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata pemandu teksi itu telah disahkan sebagai bersih daripada koronavirus oleh doktor selepas menerima rawatan. - Gambar fail/REUTERS
Kes jangkitan manusia-ke-manusia novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) pertama Thailand telah dibenarkan keluar dari kemudahan perubatan selepas ujian makmal menunjukkan bahawa beliau telah sembuh daripada penyakit itu.
Pemandu teksi berusia 50 tahun itu, yang tidak mempunyai rekod perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat wabak tersebut, mungkin dijangkiti seorang pelancong China yang sakit dan telah menerima rawatan di Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul berkata pemandu teksi itu telah disahkan sebagai bersih daripada koronavirus oleh doktor selepas menerima rawatan.
"Tiada ahli keluarga atau mereka yang mempunyai kontak dengannya dijangkiti virus itu. Pada masa ini, sembilan dari 25 pesakit koronavirus yang boleh membawa maut telah dibenarkan keluar dari hospital," katanya ketika memberikan maklumat terkini mengenai koronavirus di Thailand di sini hari ini.
BACA: Koronavirus: Enam kes baharu di Thailand, dua adalah pemandu kepada warga China
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Angka korban hampiri 500 di seluruh dunia
Pemandu teksi itu, yang hadir pada taklimat itu, mengucapkan terima kasih kepada kakitangan kesihatan kerana merawat dan menjaganya.
Anutin berkata 16 pesakit masih menerima rawatan di hospital dan keadaan mereka bertambah baik.
Sementara itu, di Pangkalan Tentera Laut Sattahip di Chon Buri, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Sathit Pitutecha berkata empat rakyat Thailand yang dibawa pulang dari Wuhan semalam telah dimasukkan ke Hospital Tentera Laut Ratu Sirikit di Chon Buri pada lewat malam tadi.
"Ujian makmal menunjukkan keempat-empat mereka adalah negatif koronavirus," katanya.
Pada masa ini, terdapat 25 kes yang telah disahkan di Thailand, yang menyaksikan 19 daripada mereka adalah rakyat China manakala bakinya penduduk tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Hubei
#Institut Penyakit Berjangkit Bamrasnaradura
#jangkitan manusia-ke-manusia
#novel koronavirus
#Thailand
#virus Wuhan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan