awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: Rekod kematian tertinggi pada Isnin, korban 426 di seluruh dunia

Agensi
Agensi
03/02/2020
23:47 MYT
Koronavirus: Rekod kematian tertinggi pada Isnin, korban 426 di seluruh dunia
Sebanyak 64 kematian dicatatkan di China sejak semalam, menjadikan ia rekod kematian tertinggi dalam satu hari. -Gambar fail
ANGKA kematian koronavirus di wilayah Hubei, China melonjak kepada 425 dengan lebih 20,000 kes positif dilaporkan pada Selasa.
Dalam perkembangan terbaharu, portal berita South China Morning Post (SCMP) menyatakan sebanyak 64 kematian dicatatkan di China sejak semalam, menjadikan ia rekod kematian tertinggi dalam satu hari.
Satu lagi kes kematian dicatat di Filipina menjadikan jumlah keseluruhan 426.
China juga dilapor telah mengeluarkan perintah kuarantin dan larangan perjalanan sehingga menyebabkan 56 juta warganya berdepan kesukaran ketika ingin membuat perjalanan, khususnya pada perayaan Tahun Baharu Cina.
Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia turut mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan virus terbabit merebak di negara mereka.
Sehingga kini, negara seperti Australia, Perancis, Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia dan beberapa yang lain turut terkesan dengan penularan koronavirus.
Malah, langkah pencegahan yang ketat turut diambil beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Vietnam dan Singapura, yang mengeluarkan larangan perjalanan kepada warganya ke China.
Akibat penularan virus tersebut, negara jiran China seperti Korea Utara, Rusia dan Mongolia menutup pintu sempadan mereka dan tidak membenarkan warga tembok besar itu memasuki negara mereka.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#China
#Cina
#coronavirus
#Korea
#Malaysia
#Singapura
#virus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan