awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: WHO perlu ASD675 juta untuk pelan strategik

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2020
22:42 MYT
Koronavirus: WHO perlu ASD675 juta untuk pelan strategik
TEDROS: Mesej kami kepada komuniti antarabangsa ialah, sama ada melabur hari ini atau tanggung akibatnya di kemudian hari. - Gambar fail
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu merayu sumbangan berjumlah ASD675 juta dalam usaha melawan novel koronavirus 2019-nCoV, terutamanya dalam bentuk pelaburan di negara-negara yang dianggap "berisiko tinggi."
"Hari ini kami melancarkan satu pelan persediaan dan respons strategik.... Kami meminta ASD675 juta untuk membiayai pelan itu untuk selama tiga bulan akan datang," kata ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus pada satu sidang media di Geneva.
"Mesej kami kepada komuniti antarabangsa ialah, sama ada melabur hari ini atau tanggung akibatnya di kemudian hari," kata Tedros.
Tambahnya, rayuan untuk pembiayaan itu "jauh lebih kecil daripada bil yang kita terpaksa bayar jika kita tidak melabur untuk rancangan persediaan itu sekarang."
Tedros berkata, ASD60 juta daripada dana itu adalah untuk operasi WHO manakala selebihnya akan diberikan kepada negara-negara yang memerlukan bantuan untuk mengawal penularan virus tersebut.
Katanya, WHO sedang dalam usaha menghantar 500,000 topeng penutup muka dan 40,000 respirator ke 24 negara dari gudangnya di Dubai dan Accra.
Tedros juga memuji sumbangan ASD100 juta dari Bill and Melinda Gates Foundation yang diumumkan pada Rabu untuk tujuan ujian, rawatan dan penyelidikan vaksin untuk virus tersebut.
Ditanya mengenai seruan Britain kepada rakyatnya untuk meninggalkan China, Tedros berkata: "Pendekatan menyeluruh sebegitu mungkin tidak akan membantu. Kami menggalakkan semua negara membuat keputusan berasaskan bukti."
Beliau berkata, WHO juga sedang mengusahakan untuk menghantar satu misi pakar antarabangsa ke China "tidak lama lagi."
Topic Berkaitan
#coronavirus
#dana
#Geneva
#pelaburan
#rayuan
#sumbangan
#WHO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan