Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Kucing jadi wira selamatkan warga emas tersekat dalam terusan

Kucing jadi wira selamatkan warga emas tersekat dalam terusan
Koko terima anugerah daripada Balai Polis Toyama Minami. -Foto South China Morning Post
TOYAMA: Siapa sangka seekor haiwan kecil mampu menyelamatkan nyawa seseorang dalam bahaya.

Di Jepun, seekor kucing betina bernama Koko berjaya membuktikannya sehingga ia dianggap sebagai wira dan dikurniakan anugerah daripada Balai Polis Toyama Minami.

Difahamkan Koko telah membantu memberi petunjuk kepada satu kes kemalangan membabitkan lelaki warga emas yang terjatuh ke dalam terusan sedalam 60 sentimeter pada 16 Jun lalu.

Ketika kejadian kira-kira jam 7.30 malam, kucing itu berkelakuan aneh dan asyik merenung ke arah terusan tersebut.
Seorang wanita berusia 77 tahun yang lalu di situ berasa pelik dengan kelakuan aneh Koko yang asyik memandang ke arah terusan tersebut.

Apabila diperiksa, dia mendapati terdapat seorang lelaki tua yang tersekat di situ.
Dia kemudian meminta pertolongan anaknya.

Selain mereka berdua, usaha menyelamat itu turut dibantu pemilik Koko, Tomoko Nitta serta anak-anaknya yang berusia 20 dan 18 tahun.

Usaha mereka berjaya dan warga emas itu terselamat dengan hanya mengalami luka kecil di beberapa bahagian badan.

Balai Polis Toyama Minami menganugerahkan sijil kepada Koko di atas jasanya itu.