Berita  | Dunia

Kulat pembunuh dari Jepun ditemui tumbuh di Australia

Kulat pembunuh dari Jepun ditemui tumbuh di Australia
Kulat 'Poison Fore Coral' ialah satu-satunya kulat atau cendawan yang toksinnya diketahui boleh diserap menerusi kulit manusia. - Foto: blog.goo.ne.jp
SYDNEY: Salah satu daripada spesies kulat paling berbahaya du dunia kini sudah dijumpai di Australia. Buat kali pertama, spesies itu telah ‘berhijrah’ ribuan kilometer dari habitat asalnya di pergunungan Jepun dan Korea.

Portal berita AFP melaporkan, kulat yang dikenali dengan nama Poison Fire Coral itu telah ditemui tumbuh di luar bandar Cairns iaitu di utara Queensland.

Pada Khamis, Universiti James Cook mengumumkan bahawa spesies itu awalnya ditemui seorang jurugambar tempatan dan seterusnya kulat itu telah dikenal pasti oleh saintis.

Beberapa orang telah mati di Jepun dan Korea selepas menyangka kulat dengan warna merah terang itu boleh digunakan dalam perubatan tradisional, iaitu dengan merebusnya dalam minuman teh.

Pakar kajian kulat (mycologist) dari Universiri James Cook, Matt Barrett, yang mengesahkan spesies kulat bertoksik yang ditemui di Australia itu, berkata bahawa penemuan tersebut menjawab persoalan tentang keupayaan ia tersebar.

Poison Fire Coral ialah satu-satunya kulat atau cendawan yang toksinnya diketahui boleh diserap menerusi kulit manusia.

Ia mengakibatkan simptom yang ‘menakutkan’ jika termakan, seperti muntah, cirit-birit, demam dan rasa kebas.

Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ dalaman atau kerosakan otak seterusnya kematian.

"Hakikat penemuan kulat seperti Poison Fire Coral di halaman tempatan menunjukkan bahawa kita perlu terus mengkaji tentang kulat di utara Australia," ujar Barrett.


Tag: poison fire coral, kulat pembunuh, toksik, racun



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.