Sekumpulan lelaki bersenjata dilaporkan melepaskan tembakan di sebuah pusat peranginan di wilayah Grand-Bassam berdekatan Ivory Coast pada Ahad, lapor portal berita AFP.

Penyerang terbabit dilaporkan bersenjata berat dan memakai topeng muka (balaclava) melepaskan tembakan di L’Etoile du Sud, sebuah hotel terkemuka di kalangan pengunjung antarabangsa, menurut seorang saksi kepada AFP.

Buat masa ini, jumlah individu yang terkorban dilaporkan mencatat lima orang manakala yang tercedera belum dapat dikenal pasti.

Seorang lagi saksi berkata terdapat beberapa mangsa terkorban dalam serangan berkenaan, walaupun tidak mendedahkan jumlah korban sebenar.

“Tembakan mereka memang sesuatu yang tidak jangka, dan kami terpaksa menyorok selepas terkejut dengan bunyi tembakan itu,”katanya.

Orang ramai mula berkumpul di pintu masuk pinggir bandar Grand-Bassam yang telah mula sesak dengan beberapa buah ambulan dan anggota perubatan untuk membantu mangsa serangan.