Polis Thailand akan menghubungi rakan sejawat mereka di United Kingdom bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung lokasi bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra berikutan terdapat satu lagi foto menunjukkan bekas perdana menteri itu berada di London baru-baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Thailand Jen Srivara Rangsibrahmanakul berkata polis akan mendapatkan lebih banyak maklumat menerusi kerjasamanya dengan Interpol untuk menentukan sama ada Yingluck berada di London.
"Polis juga akan menghubungi wanita yang dirakam gambarnya bersama-sama Yingluck di dalam foto terbaru itu," katanya kepada pemberita berhubung foto Yingluck bersama-sama seorang wanita tidak dikenali yang dipaparkan di akaun Twitter dan Facebook beberapa individu tertentu.
Foto itu mengandungi kapsyen menyatakan gambar itu dirakamkan di luar gedung beli-belah mewah Harrods di bandar raya itu.
Lokasi Yingluck ketika ini masih menjadi misteri selepas beliau melarikan diri dari negara itu pada penghujung Ogos tahun lepas, sejurus sebelum Mahkamah Agung membuat keputusan penting berhubung kes kecuaiannya berkaitan kes skim pengagihan beras semasa di bawah pentadbirannya.
Kerajaan menyalahkan Yingluck berhubung kecuaian berkaitan skim itu menyatakan ia telah menyebabkan negara mengalami kerugian berbilion dollar menerusi rasuah.
Berikutan ketidakhadirannya di mahkamah, Mahkamah Agung menangguhkan keputusannya tetapi pada September menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas perdana menteri itu.
Sejak beliau menghilangkan diri, laporan media membuat spekulasi bahawa Yingluck berada di Dubai berikutan abangnya bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, memiliki rumah di situ atau di London dengan beliau dikatakan memohon suaka politik.
Yingluck, pemimpin Parti Pheu Thai tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan umum sejak meninggalkan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2018
Lokasi Yingluck ketika ini masih menjadi misteri selepas beliau melarikan diri dari Thailand pada penghujung Ogos tahun lepas, sejurus sebelum Mahkamah Agung membuat keputusan penting berhubung kes kecuaiannya. - Gambar fail
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
'Bila boss?' - Sian See tuntut janji Rafizi
Pempengaruh media sosial, Lim Sian See memberi peringatan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berhubung jemputan untuk muncul dalam program podcast 'berjudul, ang Bakar Menteri'.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Kerajaan pantau konflik Asia Barat, pastikan keselamatan rakyat terjamin - PM Anwar
Kerajaan akan terus memantau dengan teliti perkembangan konflik di Asia Barat dan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia, sentiasa terjamin.
Facebook pernah pertimbang bayar pengguna untuk data penggunaan
Facebook dikatakan pernah suatu ketika dahulu mempertimbangkan untuk membayar pengguna yang menggunakan platform berkenaan. Namun, idea berkenaan ditolak dan tidak diteruskan.
Peniaga sayur warga emas rugi hampir RM1 juta angkara 'phone scam'
Seorang peniaga sayur di Cameron Highlands kerugian RM958,088 akibat diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon atau 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai bank di Dubai, tahun lalu.
Aidilfitri: 1.9 juta kenderaan dijangka guna Lebuhraya KLK - ANIH Berhad
Lebih 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak (KLK) dan 882,000 kenderaan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), bagi tempoh 11 hari bermula hari ini.
'Call centre' pelaburan tidak wujud diserbu, 40 ditahan
Polis Johor menahan seramai 40 individu dipercayai terbabit dengan sindiket yang menawarkan pelaburan tidak wujud setelah menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan sebagai 'call centre'.
Malaysia hantar 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza setakat ini - Mohamad
Malaysia setakat ini telah menghantar lebih 1,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza melalui inisiatif Ops Ihsan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang lain.
Malaysia akan terus jadi Pengerusi ASEAN yang berkesan - Duta AS
AS mempunyai keyakinan penuh Malaysia sekali lagi akan menjadi Pengerusi ASEAN yang berkesan pada 2025.