awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lagi serpihan yang berkemungkinan milik MH370 ditemui

Agensi
Agensi
26/05/2016
07:00 MYT
Lagi serpihan yang berkemungkinan milik MH370 ditemui
Tiga serpihan yang berkemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines MH370 baharu telah ditemui di Mauritius dan Mozambique.
Tiga serpihan yang berkemungkinan milik pesawat Malaysia Airlines MH370 baharu telah ditemui di Mauritius dan Mozambique, kata Menteri Pengangkutan Australia, hari ini.
Bagaimanapun, nasib pesawat yang dianggap telah terhempas di Lautan Hindi selepas hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal pada Mac 2014, masih menjadi misteri.
Sebelum ini, lima serpihan lain telah ditemui dan dikenal pasti sebagai hampir pasti milik pesawat Boeing 777 itu.
Kesemua serpihan telah ditemui beribu-ribu kilometer dari zon pencarian -- di luar pantai di barat Australia.
Menteri Pengangkutan Darren Chester berkata dua daripada serpihan baharu itu ditemui di Mauritius, manakala yang lain di Mozambique.
"Serpihan-serpihan masih belum diserahkan kepada kerajaan Malaysia, bagaimanapun seperti sebelumnya, pihak Malaysia sedang mengatur untuk mengambil serpihan tersebut dan dijangka akan dibawa ke Australia untuk pemeriksaan," kata Chester dalam satu kenyataan.
Tambahnya serpihan-serpihan tersebut juga akan dikaji oleh pakar.
Minggu lalu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai misi pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi mengesahkan operasi di luar pantai Australia Barat akan dihentikan pada Julai ini.
Menurut laporan dari portal ABC, pencarian itu hanya akan diteruskan sekiranya bukti penting baharu ditemui.
Pencarian yang menjangkau satu kawasan seluas 120,000 kilometer setakat ini masih gagal menemukan pesawat berkenaan.
Topic Berkaitan
#ATSB
#Australia
#Malaysia
#Malaysia Airlines
#MH370
#Serpihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan