awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia zahir kebimbangan terhadap perkembangan terkini di Venezuela
Kurikulum baharu prasekolah tumpu enam bidang utama - Fadhlina
Era baharu BlackBerry? Clicks Communicator hadir dengan papan kekunci fizikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Land Rover suami Ratu England terbalik dalam nahas

Agensi
Agensi
18/01/2019
08:40 MYT
Land Rover suami Ratu England terbalik dalam nahas
Putera Philip mengahwini Ratu Elizabeth pada 1947 dan bersara dari tugas-tugas rasmi beliau pada 2017. - REUTERS/Ben Stansall/Pool
Suami kepada Ratu England, Queen Elizabeth, Putera Philip, 97, terselamat selepas kereta Land Rover yang dipandu Duke of Edinburg itu terbalik selepas bertembung dengan sebuah kenderaan lain berhampiran estet diraja Sandringham, ke timur England.
Bagaimanapun dua penumpang kereta yang bertembung dengan kenderaan Putera Philip itu hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital sebelum dibenarkan keluar.
Gambar yang viral di media sosial memaparkan kenderaan Putera Philip terbalik.
Lapor BBC, menurut saksi nahas berlaku ketika Putera Philip baru keluar dari kediamannya itu menuju ke jalan utama.
Istana Buckingham kemudiannya mengesahkan kejadian yang berlaku pada Khamis itu.
“Duke (Putera Philip) tidak cedera,” tambah kenyataan itu lagi.
Menurut saksi nahas berlaku ketika Putera Philip baru keluar dari kediaman itu menuju ke jalan utama. - Foto Twitter
Menurut saksi nahas berlaku ketika Putera Philip baru keluar dari kediaman itu menuju ke jalan utama. - Foto Twitter
Seorang jurucakap istana juga mengesahkan Putera Philip adalah pemandu kenderaan terbabit dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Putera Philip mengahwini Ratu Elizabeth pada 1947 dan bersara dari tugas-tugas rasmi beliau pada 2017.
Beliau menjalani pembedahan menggantikan pinggul tahun lalu.
Topic Berkaitan
#cedera
#England
#Hospital
#media sosial
#Nahas
#Putera Philip
#Ratu Elizabeth
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan