awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar perintah berkurung, pelancong didenda tulis 'I Am Sorry' 500 kali

Agensi
Agensi
14/04/2020
02:08 MYT
Langgar perintah berkurung, pelancong didenda tulis 'I Am Sorry' 500 kali
Pelancong yang didenda datang dari Israel, Mexico, Australia dan Austria. - YouTube/Uttarakhand Post
Sepuluh warga asing yang melanggar perintah berkurung di Rishikesh, India diberi hukuman yang agak luar biasa, iaitu menulis ayat 'saya minta maaf' sebanyak 500 kali.
Selepas perintah berkurung dikeluarkan pada akhir bulan Mac, penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah atau premis tempat tinggal untuk membeli barangan runcit atau mendapatkan rawatan.
Pelancong yang didenda datang dari Israel, Mexico, Australia dan Austria. Mereka ditangkap ketika sedang bersiar-siar di bandar yang terletak di utara India itu.
Jurucakap polis, Vinod Sharma berkata kesemua mereka diminta menulis ayat lengkap "saya tidak patuhi perintah berkurung, jadi saya minta maaf" sebanyak 500 kali, lapor AFP.
Tambah Sharma, lebih 700 pelancong asing dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel yang tinggal di bandar tersebut telah melanggar perintah berkurung dan hukuman sedemikian dilakukan sebagai peringatan.
Polis berkata mereka akan mengarahkan pengurusan hotel untuk membenarkan pelancong asing keluar dari hotel hanya jika ditemani petugas dalam kalangan rakyat tempatan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#denda
#hotel
#Hukuman
#India
#koronavirus
#pelancong
#Pelancong asing
#saya minta maaf
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan