Lava gunung berapi Kilauea di Hawaii terus mengalir dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan berhenti dalam masa terdekat.

Minggu lalu, ratusan kediaman musnah kerana berada dalam zon aliran lava berkenaan.

Laporan terbaru itu dikeluarkan pihak pengawal kebangsaan Hawaii yang melakukan tinjauan pada waktu malam bagi melihat progres terkini aliran lava berkenaan.

Tinjauan di Hilo itu dilakukan Joint Task Force 50 yang merupakan sebuah organisasi ketenteraan yang bertindak balas sekiranya berlaku sebarang tragedi atau bencana.

Gunung berapi Kilauea mula aktif sejak awal Mei lepas.

BACA: Beratus-ratus rumah hancur disebabkan lava gunung berapi Kilauea

BACA: Kilauea terus marah, bawa malapetaka hingga ke rimba dan laut Hawaii

BACA: Kaki hancur terkena percikan lava gunung berapi Kilauea