HAMPIR 1,000 aduan mengenai prosedur rawatan dan pembedahan botox dan filler dibuat pada tahun lalu di United Kingdom.
Jangkitan adalah isu terbesar yang dialami mereka yang mendapatkan rawatan, manakala mereka yang menjalani rawatan lip filler pula terpaksa menjalani proses pemulihan di Pusat Kesihatan Kebangsaan (NHS).
Fakta ini berdasarkan laporan terbaharu Save Face, pengamal bukan pembedahan terakreditasi terbesar di UK, mencerminkan trend yang semakin meningkat dalam pembedahan botox dan facial filler, biarpun industri itu tidak mempunyai peraturan yang tegas.
Daripada 995 aduan yang diterima, lebih daripada dua pertiga (688 prosedur) membabitkan rawatan dermal fillers, yang disuntik ke kulit untuk menghilangkan kedut atau mengubah ciri-ciri tertentu seperti bibir atau bawah mata.
Hampir satu perempat (233 rawatan) pula adalah berkaitan dengan botox.
Menteri Kesihatan Jackie Doyle-Price memberitahu portal HuffPost UK: "Sering kali orang ramai ditipu oleh penyedia prosedur kosmetik yang tidak berdaftar, dengan janji-janji palsu mengenai hasil dan masa pemulihannya.
"Sebenarnya, jika tidak dilakukan di tempat yang betul dan oleh individu profesional yang terlatih, prosedur ini akan menjadi berbahaya dan berisiko menyebabkan komplikasi."
Perangkaan terbaharu ini, kata pakar, adalah berpunca daripada kekurangan peraturan dan peningkatan pengamal yang tidak berlesen.
Selain itu, tawaran harga murah, iklan di Instagram dan pengaruh rancangan realiti TV juga menjadi penyumbang kepada peningkatan permintaan, khususnya dalam kalangan anak muda.
Agensi
Sat Nov 24 2018
Kebanyakannya mengadu tidak puas hati dengan hasil rawatan yang diterima mereka. - REUTERS/Gambar hiasan
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Polis tahan pengasas produk kecantikan berhubung video cium bibir kanak-kanak
Suspek ditahan di rumahnya di sekitar bandar raya, dan kini direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Perkenal kaedah jualan baharu, WonderLab jadi tumpuan peminat kecantikan
Buat pertama kali di Malaysia, anda kini boleh melanggan masker muka menerusi produk WonderDewi GOOODPlan dalam pelan 14 dan 28 hari.
Lebih 1,000 aduan berkenaan botox, 'filler' di UK
Jangkitan adalah isu terbesar yang dialami mereka yang mendapatkan rawatan, manakala mereka yang menjalani rawatan lip filler pula terpaksa menjalani pemulihan.
Suntik botox, unta tersingkir dari pertandingan ratu cantik haiwan
Pertandingan Ratu Cantik Unta kerajaan Arab Saudi dilanda kontroversi apabila pemiliknya menyuntik 'botox' menyebabkan 12 ekor unta digugurkan penyertaan.
Foto Shahrukh Khan cium bibir Salman Khan jadi kontroversi di India
Sama seperti kes yang berlaku melibatkan barisan selebriti seluruh dunia, dua aktor hebat ini tidak terlepas daripada menjadi mangsa manipulasi gambar.