Lebih 100 orang maut manakala tiga lagi dilaporkan cedera parah dalam nahas pesawat penumpang di Cuba pada Jumaat.

Nahas yang melibatkan 114 penumpang dan kru itu berlaku ketika pesawat baru berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana ke bandar raya Holguin, timur Cuba.

Pesawat Boeing 737 kendalian syarikat Cubana de Aviacion itu dilapor membawa 105 penumpang, termasuk lima kanak-kanak, dan sembilan kru.

Kebakaran berjaya dipadamkan dan pihak berkuasa sedang mengenal pasti mayat dan punca kejadian.