announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Berita  | Dunia

Lebih 11,000 petugas perubatan dijangkiti COVID-19 di Itali

Lebih 11,000 petugas perubatan dijangkiti COVID-19 di Itali
Setakat sabtu, Itali merekodkan 119,827 kes positif COVID-19 dengan 14,681 kematian.
LEBIH 11,000 petugas perubatan dijangkiti COVID-19 dengan 73 doktor meninggal dunia akibat wabak itu di Itali.

Angka itu didedahkan Institut Kesihatan Kebangsaan dan Persatuan Doktor negara itu yang turut menyatakan angka jangkitan dalam petugas perubatan adalah 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif di negara itu.

Menurut Pengerusi Persatuan Doktor Itali, Carlo Palermo, sebab utama jangkitan itu merebak dalam kalangan petugas perubatan adalah kerana penyakit biasa seperti selesema turut meningkat pada masa sama COVID-19 menular.

"Saya ingin mengingatkan, epidemik itu menyerupai penyakit biasa seperti influenza dan sukar kami membezakannya.

"Jadi ketika ini, kami lebih memahami. Sebelum ini, jika pesakit mengalami simptom seperti demam atau batuk, mereka akan berjumpa dengan doktor sama ada di pejabat atau di kediaman mereka sehingga menyebabkan jangkitan berlaku.

"Dari situ, ahli keluarga para doktor juga dijangkiti," katanya seperti yang dilaporkan portal AP pada Sabtu. 


Jelasnya, ketika ini penularan wabak itu yang menyebabkan peningkatan kes mendadak di negara itu menyebabkan tekanan buat rakyat dan petugas perubatan.

"Saya memahami mereka (petugas perubatan) yang melihat sendiri kematian setiap hari di hadapan mereka kerana mereka ini adalah petugas barisan hadapan yang turut berisiko dijangkiti.

"Ada juga kes yang menyebabkan petugas perubatan sendiri di dalam unit rawatan rapi (ICU) atau meninggal dunia. Keadaan ini amat merunsingkan," jelasnya. 

Setakat sabtu, Itali merekodkan 119,827 kes positif COVID-19 dengan 14,681 kematian.




Tag: COVID-19, Itali, meninggal dunia, jangkitan, influenza



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.