awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Presiden Portugal ke pusingan penentu, Seguro dahului pusingan pertama
Penang FC sedar halangan, persiap pasukan untuk tempuh 90 minit di Kuching
PRK Kinabatangan, Lamag: BN Sabah hargai sokongan GRS - Jafry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 200 dijangkiti COVID-19 di penjara China

Agensi
Agensi
21/02/2020
07:44 MYT
Lebih 200 dijangkiti COVID-19 di penjara China
Jangkitan COVID-19 kini merebak di penjara Shandong, China. - Foto: China Daily via REUTERS.
Ramai kakitangan dan banduan di sebuah penjara di wilayah timur Shandong dijangkiti novel koronavirus (COVID-19), menjadikan angka kematian akibat virus bahaya itu melebihi 2,000 orang di seluruh China.
Pegawai kerajaan, penjara dan kesihatan dalam sidang akhbar bersama memberitahu, 2,077 kakitangan dan banduan di penjara Rencheng telah menjalani ujian COVID-19 dan tujuh kakitangan serta 200 banduan didapati positif akibat virus bahaya itu.
Memetik laporan CNN pada Jumaat, Pengarah Kesihatan Wilayah Shandong, Xi Yan berkata, tujuh pegawai polis itu antara kes yang dilaporkan positif COVID-19 di bandar Jining.
"Sehingga Khamis, 545 disahkan positif dan empat meninggal dunia akibat COVID-19 di wilayah Shandong," katanya.
Difahamkan virus bahaya itu mula merebak melalui dua pegawai polis penjara yang ditahan di hospital pada 12 Februari lalu kerana batuk dan menjalani ujian COVID-19.
Keesokannya, beberapa pegawai polis penjara lain turut menjalankan ujian yang sama dan keputusan mendapati positif penyakit tersebut.
Susulan daripada itu pihak berkuasa mengeluarkan arahan menutup aktiviti keluar masuk (lockdown) bandar tersebut.
Menurut kerajaan Zheijiang, sekumpulan pegawai dibebaskan akibat insiden tersebut termasuk Ketua Jabatan Kehakiman Shandong dan pegawai kanan penguat kuasa penjara.
Seterusnya di penjara Shilifeng pula, 34 banduan disahkan positif COVID-19 manakala warden penjara dibebaskan.
Topic Berkaitan
#China
#CNN
#COVID-19
#meninggal dunia
#novel koronavirus
#penjara
#Shandong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan