ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat.

Setakat awal pagi ini, angka itu menyaksikan kenaikan 2,000 korban dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu melepasi 367,000 kes.

Menurut statistik daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) terus merekodkan angka kematian tertinggi melepasi 103,000.


Setakat awal pagi ini, angka itu menyaksikan kenaikan 2,000 korban dalam tempoh 24 jam dengan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik itu melepasi 367,000 kes.

United Kingdom (UK) dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 38,000 dan 33,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima tertinggi mencatatkan kes kematian ialah Perancis dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 28,717 dan 27,878 kes.

Sepanyol berada di kedudukan kelima dengan angka korban melebihi 27,000.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif dengan 2.53 juta pesakit disahkan sembuh dan didiscaj.