ANGKA korban dunia akibat pandemik COVID-19 terus meningkat kepada lebih 696,000 kes pada Rabu.

Sehingga hari ini, berdasarkan data daripada Johns Hopkins University, jangkitan COVID-19 seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan kepada hampir 18.4 juta kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara paling tinggi terjejas selepas merekodkan 41,963 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu mencecah 4.75 juta kes.

Diikuti dengan Brazil merekodkan 94,665 kematian dengan jumlah keseluruhan positif jangkitan mencecah 2.75 juta kes.

Berdasarkan data daripada Johns Hopkins University, jangkitan COVID-19 seluruh dunia turut mencatatkan peningkatan kepada 18.4 juta kes.

Sementara itu, India pula mengesahkan sebanyak 38,938 kematian akibat wabak itu dengan jumlah kumulatif positif melebihi 1.85 juta kes.

Selain itu, sebanyak 859,762 kes positif COVID-19 direkodkan di Rusia dengan jumlah kematian sebanyak 14,327 kes.

Negara-negara lain pula merekodkan angka korban kurang daripada 50,000 kes termasuk di Mexico, Peru, Colombia dan Chile.