awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Legenda F1 Stirling Moss meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2020
20:54 MYT
Legenda F1 Stirling Moss meninggal dunia
Stirling Moss meninggal dunia di usia 90 tahun setelah bergelut sekian lama dengan penyakit yang dihidapinya. -Reuters
Legenda F1 Sir Stirling Moss meninggal dunia di usia 90 tahun pada Ahad setelah bergelut sekian lama dengan penyakit yang dihidapinya.
"Mendiang hanya menutup matanya," kata isteri mendiang Susie Moss kepada media tempatan pada Ahad.
Ucapan takziah memenuhi ruang media sosial susulan khabar pemergian mendiang tersebar.
"Hari ini kita ucapkan selamat tinggal kepada Sir Stirling Moss, seorang legenda perlumbaan," kata penyandang juara dunia Lewis Hamilton di akaun Instagram.
"Saya rasa mendiang merupakan contoh terbaik seorang pemandu kereta lumba. Dia berjalan, bercakap dan bertindak seperti pemandu kereta lumba," kata juara dunia tiga kali Jackie Stewart.
"Sir Stirling Moss telah tiba di garisan penamat, dan ia satu perlumbaan yang hebat buatnya. Pemandu yang hebat dan seorang yang disegani. Takziah," kata bekas penyerang England Gary Lineker di akaun Instagram.
Media British melaporkan Moss meninggal dunia akibat jangkitan ketika berada di Singapura pada Disember 2016.
Dianggap sebagai pemandu kereta lumba terhebat, mendiang bagaimanapun tidak pernah memenangi sebarang kejohanan dunia.
Dalam kariernya selama 14 tahun, Moss mencatat 212 kejayaan dalam 529 perlumbaan yang disertainya.
Beliau pernah menduduki tempat kedua dalam perlumbaan F1 pada tahun 1955 hingga 1958, dan ketiga setiap tahun pada 1959 hingga 1961.
Moss memenangi 16 grand prix dan terlepas memenangi gelaran pada 1958 dengan hanya ketinggalan satu mata kepada Mike Hawthorn, walaupun memenangi empat perlumbaan dengan Hawthorn.
Pada tahun 1959, kereta Moss mengalami kerosakan pada perlumbaan akhir di Florida ketika beliau berada di hadapan sekali gus menafikan peluangnya untuk merebut gelaran.
Moss pernah mengungkapkan kata-kata: "Saya harap saya akan terus digambarkan sebagai pemandu terhebat yang tidak pernah memenangi sebarang kejohanan dunia, tetapi ia tidak begitu penting.
"Perkara paling penting bagi saya adalah mendapatkan rasa hormat daripada pemandu lain dan saya fikir saya sudah mendapatkannya."
Moss juga tidak terlepas peluang untuk berlumba bersama Jack Brabham dalam kejohanan Bathurst 1000 pada 1976.
Moss bersara pada 1962 akibat kemalangan yang menyebabkan beliau koma selama sebulan.
Punca kematiannya tidak dikaitkan dengan koronavirus.
View this post on Instagram
Today we say goodbye to Sir Stirling Moss, the racing legend. I think it’s important that we celebrate his incredible life and the great man he was. Saying goodbye is never easy and can be sad but he will always be here, in our memories and will always be such a huge part of British Motorsports Heritage. I certainly will miss our conversations. To be honest, it was such a unusual pairing, our friendship. Two people from massively different times and backgrounds but we clicked and ultimately found that the love for racing we both shared made us comrades. I am truly grateful to have had these special moments with him. Sending my prayers and thoughts to his family. May he rest in peace
View this post on Instagram
Sir Stirling Moss has reached life’s checkered flag, and what a race he drove. Wonderful driver and a lovely man. RIP.
A post shared by Gary Lineker (@garylineker) on
Apr 12, 2020 at 4:05am PDT
Topic Berkaitan
#legenda F1
#Lewis Hamilton
#meninggal dunia
#Stirling Moss
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan