GARA-GARA tidak tahan dengan sikap si suami yang didakwa berlaku curang, seorang wanita bertindak memotong kemaluan suaminya sebagai melepaskan kemarahannya..

Mangsa Azad Singh, 40 tahun sedang tidur di kediamannya di bandar Jalandhar, utara Punjab ketika isterinya Sukhwant Kaur berusia 30-an memotong kemaluannya menggunakan pisau.

Tidak cukup dengan itu, si isteri kemudian membuang organ tersebut ke dalam tandas.

Wanita itu bertindak demikian selepas mengesyaki suaminya itu mengadakan hubungan dengan wanita lain.

Menurut Asisten Komisioner Jalandhar, Satinder Kumar, mangsa yang digegaskan ke hospital kini sedang bertarung nyawa.

Namun doktor gagal menyambungkan semula zakarnya ekoran organ lelaki itu masih tidak ditemui.

Susulan serangan itu, bapa mangsa membuat laporan polis dan isteri mangsa kini berdepan tuduhan cubaan membunuh.

Pasangan itu mempunyai dua orang anak.