Siapa sangka keterujaan seorang lelaki menonton filem yang sedang hangat di pawagam ‘Avengers: Infinity War’ bertukar tragedi sebaik sahaja dia ditemui mati dengan mata terbuka oleh pegawai bertugas.

Menurut pegawai polis Proddatur, India, mangsa yang dikenali sebagai Peddapasupula Baasha, 43, memutuskan untuk menonton filem garapan adik-beradik Russo itu sempena meraikan Hari Buruh pada 1 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, Baasha dikatakan tidak berganjak dari tempat duduknya walaupun selepas tamat tayangan filem berdurasi 2 jam 40 minit itu seperti yang dilaporkan The Times of India.

Hairan dengan keadaan itu, petugas bertindak menghampiri Baasha dan menanggalkan kacamata 3D yang dipakainya sebelum terkejut menemui mangsa yang tidak bergerak dengan mata terbuka.

Polis mengesahkan Baasha mati di tempat kejadian akibat akibat serangan jantung.

Mayat Baasha walau bagaimanapun telah dibawa ke hospital terdekat untuk pemeriksaan lanjut.