awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki nekad menyamar jadi ibu agar lulus ujian memandu

Astro Awani
Astro Awani
16/12/2019
04:34 MYT
Lelaki nekad menyamar jadi ibu agar lulus ujian memandu
Schiave ditahan selepas menyamar sebagai ibunya. -Foto Facebook@Le Double Expresso RTL2
SESIAPA saja yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh insan bergelar ibu pastinya mahukan yang terbaik buat wanita yang pernah berkorban menjaganya hingga dewasa.
Itulah yang berlaku kepada Heitor Schiave, 43, yang mengambil keputusan drastik menyamar sebagai ibunya untuk mengambil ujian memandu dalam kejadian di utara Brazil.
Dia memakai pakaian dan solekan menyerupai ibunya Maria, namun helah itu terbongkar apabila penyamaran itu dikesan.
“Schiave cuba sedaya upaya menyamar menjadi ibunya.
"Dia memakai mekap yang tebal, mengenakan tata rias pada kukunya, memakai blaus bercorak bunga, serta barang kemas,” kata pengajar pemandu, Aline Mendoca kepada BBC.
Schiave didakwa nekad mengambil keputusan itu selepas ibunya beberapa kali gagal dalam ujian memandu.
“Dia (Schiave) mengaku bukan wanita pada kad identiti, sebaliknya anak kepada Maria.
"(Tujuan dia melakukannya ialah) supaya ibunya lulus ujian berkenaan,” kata Mendoca lagi.
Ibunya Maria bagaimanapun dilapor langsung tidak mengetahui mengenai rancangan itu.
Schiave ditahan pihak berkuasa atas dakwaan menyamar dan menyalahgunakan identiti.
Topic Berkaitan
#Aline Mendoca
#blaus bercorak bunga
#Heitor Schiave
#menyamar jadi ibu
#ujian lesen memandu
#ujian memandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan