Tindakan berani pengawai peronda di Utah, Amerika Syarikat yang berjaya menyelamatkan seorang lelaki daripada dirempuh sebuah kereta api mendapat pujian ramai.

Dalam kejadian pada jam 6.50 pagi waktu tempatan itu, pegawai berkenaan, Ruben Correa pantas membantu mangsa yang tersekat di dalam sebuah kereta di atas landasan kereta api.

Rakaman dashcam memaparkan Correa berlari ke arah kereta tersebut yang terkandas di landasan setelah terlibat dalam kemalangan.

Bimbang dengan keselamatan mangsa, Correa menarik keluar pemandu kereta sebelum sebuah kereta api dengan laju merempuh kenderaan itu.

Mujurlah, kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan.



Peronda Lebuhraya Utah, Kolonel Michael Rapich memuji keberanian yang ditunjukkan Correa dan bersyukur kedua-dua mereka selamat.

Insiden mengakibatkan gangguan trafik selama beberapa jam di Interstate 15 dan kelewatan perkhidmatan kereta api FrontRunner.