awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ATM masih dibarisi anggota berintegriti, ikhlas berkhidmat - Mohamed Khaled
PLKN: Pendaftaran sebahagian pelatih di Kem 505 Pekan ditangguhkan, elak lebih kapasiti
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pukul anak isteri dengan tukul besi kerana dikejutkan dari tidur

Bernama
Bernama
19/09/2017
04:25 MYT
Lelaki pukul anak isteri dengan tukul besi kerana dikejutkan dari tidur
Gara-gara marah kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki memukul kepala dua anak dan isterinya menggunakan palu atau tukul besi.- Gambar Fail.
Gara-gara marah kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki memukul kepala dua anak dan isterinya menggunakan palu atau tukul besi sebelum mengamuk sehingga merosakkan harta benda jirannya.
Menurut laporan media dalam talian hari ini, kejadian itu berlaku pada 4 petang semalam di sebuah kawasan perumahan awam di Kampung Kalodran, daerah Walantaka di Kota Serang, kira-kira 100 kilometer dari sini.
Stanley yang berang dengan anaknya yang mengejutkan beliau, terus mencapai palu dan memukul kepala dua anaknya iaitu Marcel, 8, dan April, 5, sebelum memukul kepala isterinya Diah, yang berusia 35 tahun.
Ketua Rukun Tetangga kawasan perumahan awam itu, Harahap dipetik sebagai berkata, kejadian itu disedari oleh jiran-jirannya apabila terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri lelaki terbabit.
Katanya, setelah beberapa jiran datang ke rumah mangsa, lelaki terbabit kemudiannya keluar rumah dan mengamuk serta memecahkan beberapa kenderaan dan cermin tingkap beberapa rumah dengan menggunakan palu itu.
"Penduduk kampung kemudiannya keluar beramai-ramai dan berjaya menangkap lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada pihak polis," katanya.
Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini ditahan di balai polis Kota Serang manakala anak isterinya dimasukan ke hospital berdekatan kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#isteri
#Kampung Kalodran
#Kota Serang
#lelaki
#pukul
#Rukun Tetangga
#Walantaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan